MCA lancar kempen rakyat bantah hudud

liow_tiong_lai_16042015_620_414_100

PETALING JAYA, Isnin – Parti perkauman dan anti-Islam, MCA akan melancarkan kempen rakyat menentang PAS bagi menghalang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik China Press sebagai berkata, MCA menyeru rakyat, ahli Parlimen, persatuan Cina dan dewan perniagaan menyertai kempen untuk menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat.

“Kami telah mencapai persetujuan untuk menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara ini,” katanya pada taklimat pembentangan RUU PAS itu semalam.

Tiong Lai berkata, setakat ini MCA telah berhubung dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia dan Persekutuan Persatuan-persatuan 7 Klan untuk kempen ini.

Sebelum ini Tiong Lai mengugut akan meletak jawatan menteri yang dipegang sebagai tanda protes jika RUU itu diluluskan.

Ugutan itu disusuli oleh Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam kerana menggangap RUU PAS bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian