MCA senada dengan DAP tak sokong rang undang-undang hudud

tiongBANGI, Jumaat – MCA mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyokong apa saja rang undang-undang ‘yang memberi kuasa untuk melaksanakan hudud’, lapor The Star yang memetik Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebagai berkata.

Memetik laporan itu beliau berkata, Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) oleh PAS didorong oleh penetapan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Syariah di Kelantan adalah tidak selaras dengan prinsip Barisan Nasional (BN).

“MCA kekal dengan pendirian tegas untuk menolak apa-apa rang undang-undang yang membolehkan pelaksanaan hudud di Malaysia.

“Sebagaimana yang sering kami tegaskan, pelaksanaan undang-undang hudud adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan akan merosakkan hubungan antara kaum di negara ini,” katanya, semalam.

Oleh itu, katanya, MCA tidak akan menyokong apa-apa rang undang-undang yang memberi kuasa untuk pelaksanaan hudud di negara ini.

“Kami mahu kerajaan mengekalkan struktur undang-undang sedia ada yang direka berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan – keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang dalam masyarakat sekular,” katanya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan mengikut seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Berikutan itu, parti rasis dan cauvinis DAP yang senada dengan MCA dalam isu ini, menuduh PAS dan BN bekerjasama membentangkan usul berkenaan di Parlimen bagi tujuan dan kepentingan politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menentang usul itu dengan menyifatkan bahawa RUU yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian