Mesyuarat tiga pihak putuskan sama ada teruskan pencarian MH370: Liow

150305202006-liow-tiong-lai-full-169

KUALA LUMPUR, Khamis – Pihak berkuasa yang terlibat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang masih belum membuat keputusan sama ada menamatkan misi tersebut selepas melengkapkan sasaran pencarian di 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu bergantung kepada laporan pakar pencarian walaupun beberapa serpihan pesawat yang ditemukan disahkan daripada pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Katanya mesyuarat tiga pihak membabitkan Malaysia, China dan Australia akan diadakan pada Jun atau Julai untuk membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Kami tetap berpandukan kepada cadangan daripada pakar. Selepas pencarian itu selesai, mereka akan mengemukakan laporan dan kami akan bincangkannya dalam mesyuarat tiga pihak.

“Belum ada keputusan yang dibuat setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wangsa Maju yang berharga RM22 juta di sini hari ini.

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 penumpang dan kru, dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian