Muslim Amerika berkumpul selesaikan Islamophobia

conv2012escalators

BALTIMORE, Ahad – Hampir 25,000 umat Islam Amerika Syarikat (AS) berkumpul di Pusat Konvesyen Baltimore bagi menyertai persidangan ‘Islamic Circle of North America’ (ICNA) yang berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.

Penganjuran persidangan ini bertujuan menyelesaikan masalah Islamophobia serta bagi meningkatkan kesedaran mengenai al-Quran dan kebenaran agama Islam.

Presiden ICNA, Naeem Baig berkata, Islam menggalakkan umatnya mendapatkan keadilan dalam masyarakat, tetapi apa yang dilakukan oleh pihak pelampau melangkaui batas Islam.

“Saya tegaskan, kumpulan militan Daesh tidak mewakili walau satu peratus daripada umat Islam,” katanya.

Naeem turut menekankan bahawa umat Islam kini berjuang untuk menolak keganasan dan esktremisme.

“Apabila kami melihat kesengsaraan dan kesusahan yang dihadapi oleh saudara kami di Syria dan negara lain, ia turut memberi kesan kepada kami.

“Sama ada kamu Muslim atau tidak, keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan kami umat Islam sangat membenci keganasan,” katanya.

Laporan yang dibuat oleh Program of Extremism di Universiti George Washington baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 900 siasatan dijalankan terhadap penyokong Daesh di AS dan sebahagian besarnya adalah rakyat negara itu.

“Mesej kami kepada seluruh masyarakat Islam, jika ada mana-mana pihak membenci Islam, atasinya dan terangkan kepada mereka pegangan agama Islam yang sebenar,” kata Naeem. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian