Najib dakwa ramai terima GST sebagai penyelamat negara
BANGI, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kebanyakan rakyat sudah mula menerima kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai penyelamat negara daripada mengalami krisis kewangan yang serius.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, hasil kutipan GST yang dijangka mencecah RM39 bilion akan dikembalikan semula kepada rakyat.
Malah kata Najib, kerajaan tidak pernah dan tidak akan melupakan tanggungjawab untuk melindungi ekonomi dan kebajikan rakyat di Malaysia.
“Ini menunjukkan bahawa kita adalah kerajaan yang tidak lupa pada tanggungjawab demi rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita hari ini.
GST merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus.
Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan