Najib tak perlu beritahu sesiapa RM2.6 billion masuk ke akaunnya, kata Nazri

nazri aziz

KUALA LUMPUR, Rabu –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu memberitahu sesiapa pun berhubung dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya, kata Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebaliknya apa yang paling penting beliau berkata, Najib perlu mendapat kebenaran daripada pihak Bank Negara berhubung kemasukkan wang tersebut ke akaun peribadinya.

“Najib tidak akan memberitahu kami. Dia tak perlu beritahu. Dia cuma perlu mendapat kelulusan dari Bank Negara, itu sahaja.

“Perkara yang penting ialah dia (Najib) perlu memberitahu Bank Negara. Jelas sekali RM2.6 bilion merupakan satu jumlah wang yang besar.

“Bank Negara melihatnya malah ia telah masuk ke dalam akaun bank yang telah diluluskan Bank Negara. Apa masalahnya? Tak ada salah,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Kenyataannya itu adalah mengulas soalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Najib mengakui menerima dana tersebut dan telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

Ini berkikutan terdahulu, Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) pernah mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan dari Arab Saudi.

Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga pernah menyatakan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan ekoran dana RM2.6 Billion yang diterimanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian