PBB lapor lebih 50,000 penduduk Fallujah terancam

Gambar- Hidayatullah

Gambar- Hidayatullah

NEW YORK, Rabu – Lebih 50,000 penduduk bandar Fallujah kini terancam ekoran operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan tentera Iraq untuk menghapuskan kumpulan militant IS.

Pegawai Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lise Grande berkata, ribuan keluarga kini dipercayai terperangkap di Fallujah ketika mana tentera berusaha untuk menawan kembali negara itu dari IS.

“Oleh kerana serangan bom telah bermula, kita sedar ramai rakyat Iraq sedang berusaha keras menjadi pelarian,” katanya.

PBB dimaklumkan sedang bekerjasama dengan pertubuhan kemanusiaan tempatan bagi menyediakan keperluan serta menentukan pergerakan orang awam di Fallujah.

Bandar itu yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Baghdad merupakan bandar pertama di Iraq jatuh ke tangan militan IS pada Januari 2014.

Dalam masa yangs sama, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi turut mengumumkan operasi tempur bagi menawan kembali Fallujah yang merupakan kubu kuat militan IS, selepas mengarahkan penduduk meninggalkan bandar berkenaan.

Jumlah penduduk Fallujah sebelum perang meletus adalah seramai 300,000 tetapi kini dianggarkan PBB adalah antara 60,000 sehingga 90,000 orang. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian