Peminjam perlu hubungi PTPTN bincang struktur bayaran

logo-ptptn-new
KUALA KANGSAR, Jumaat – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) menggesa peminjam yang berdepan masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman, berbincang dengan agensi itu mengenai cara pembayaran hendak dibuat, berbanding mengabaikannya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata mereka sepatutnya menemui pegawai PTPTN bagi menyelesaikannya, termasuk berbincang cara penstrukturan semula hutang, berbanding tidak membayar atau mendiamkan diri begitu sahaja.

Katanya, peminjam sepatutnya membayar balik pinjaman selepas enam bulan menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Tetapi ramai yang tidak mempedulikannnya,” katanya kepada pemberita  selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN serta Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi tempoh 1997 hingga Februari lalu, PTPTN sekadar mampu mengutip balik pinjaman berjumlah RM7.49 bilion, sedang pinjaman yang dikeluarkan ialah RM55 bilion.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN sedang mengkaji bagaimana untuk membuat potongan gaji peminjam yang kini bekerja dengan syarikat swasta.

Pelaksanaan potongan gaji peminjam PTPTN yang bekerja dengan kerajaan sudah dilaksanakan, katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian