Penumpang Rayani Air beri amaran ambil tindakan undang-undang

bernama

SHAH ALAM, Selasa – Sehingga ke tarikh akhir yang dipersetujui penumpang sebelum ini, syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, masih gagal memulangkan bayaran tiket kepada lebih 200 penumpangnya.

Wakil seorang penumpang, Nik Azida Mahmood, berkata sebelum ini Rayani Air berjanji akan membuat bayaran pulangan dalam tempoh 30 hari bermula 11 April yang lalu.

“Hingga ke saat ini kami semua belum lagi menerima sebarang bayaran balik, malah pihak Rayani Air masih lagi berdolak-dalih memberi pelbagai alasan selain berjanji untuk memberi kami cek yang boleh ditunaikan,” katanya kepada pemberita.

Katanya, setiap kali wakil penumpang menghubungi Rayani Air pelbagai alasan yang mereka berikan menyebabkan penumpang bertindak untuk mengadakan perjumpaan di pejabat cawangan syarikat berkenaan yang terletak di Dataran Otomobil.

“Jumlah kerugian yang kami tanggung bukan sedikit, malah ada antara kami turut membeli tiket penerbangan berkenaan untuk anak yatim dan orang kurang upaya,” katanya.

Kira-kira 40 wakil penumpang berkumpul di hadapan syarikat penerbangan berkenaan sejak jam 3 petang tadi, namun pejabat yang terletak di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat itu tutup, dengan alasan pekerja sedang makan tengah hari.

Nik Azida juga cuba menghubungi pegawai kewangan yang hanya dikenali sebagai Logan, namun tiada hasil apabila individu berkenaaan memberi alasan tidak tahu siapa yang bertugas dan berjanji untuk meghubunginya semula.

Kira-kira 30 minit menunggu pejabat tidak juga dibuka, Nik Azida menjelaskan jika tiada sebarang kata putus dari Rayani Air kami akan membuat tuntutan undang-undang yang sepatutnya.

Difahamkan seramai 200 penumpang termasuk dari Sabah dan Sarawak mengalami kerugian kira-kira RM150,000 akibat gangguan perkhidmatan syarikat penerbangan itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian