Persenda umat Islam, Vivian dipenjara enam bulan

alvin

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Vivian Lee selepas didapati bersalah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Choong Joo Tian, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan terhadap pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan manakala jumlah jaminan dinaikkan kepada RM20,000.

Mengikut pertuduhan, Vivian didakwa bersama-sama bekas teman lelakinya, Alvin Tan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvin dan Vivian-Alvivi” iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa melakukan perkara itu pada jam 9 pagi, 13 Julai 2013. Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. 

Setakat ini, Alvin Tan, 28 masih bebas dan berada di Amerika Syarikat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian