Petronas taja 391 pelajar dengan peruntukan RM110 juta

petronas-logo

KUALA NERUS, Isnin – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperuntukkan RM110 juta bagi menaja 391 pelajar melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) bagi tahun ini.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, komitmen berkenaan dilaksanakan melalui inisiatif pelaburan sosial korporat syarikat itu.

Inisiatif berkenaan berteraskan kepada tiga fokus utama iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.

“Tajaan ini diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2015 yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, mekanikal, geofizik, kewangan, serta perundangan berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta universiti luar negara di Amerika, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada.

“Melalui PESP, pihak kami akan menaja pelajar dari peringkat pengajian pra universiti hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda,” katanya selepas Majlis Penyampaian Tajaan Pendidikan kepada 48 pelajar Terengganu, di Institut Teknologi Petroleum Petronas di Batu Rakit, di sini.

Raiha berkata, sejak 1975 sejumlah RM3 bilion dilaburkan Petronas untuk membiayai pendidikan lebih 35,000 pelajar cemerlang.

Menerusi perjanjian MOA di bawah program Kementerian Pendidikan itu, lima sekolah di Kemaman akan ditaja Petronas pada tahun ini bagi melaksanakan program pendidikan selama lima tahun.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian