Polis tahan lelaki hina TMJ dalam Facebook

851411176_63163_16222393480284995596

JOHOR BAHRU, Ahad – Polis menahan seorang lelaki di Selangor, malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira jam 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

“Lebih kurang 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Katanya polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian