Pulau Pinang dilanda ribut

PENANG 25 MAY 2016. Anggota bomba giat menjalankan operasi mengalihkan pokok yang tumbang sehingga menghalang lalu lintas di Jalan Arumugam Pillai, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengatakan bahawa ribut petir yang berlaku Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga awal pagi, Khamis, 26 Mei 2016. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki). STR/AMIR IRSYAD OMAR

Sumber foto: BH

GEORGE TOWN, Khamis – Angin kencang disusuli hujan lebat selama hampir 20 minit bermula tengah malam hingga awal pagi tadi menyebabkan pokok tumbang di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Kejadian yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas di Butterworth termasuk Sungai Dua, Raja Uda dan di sekitar Pulau Pinang iaitu Bayan Lepas, Mak Mandin, Permatang Rawa, Butterworth dan Jawi.

Banjir kilat di Jalan Baru, Bukit Mertajam turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak selain terdapat pemandu terbabas ke dalam parit selepas jarak pemandangan terlalu kabur.

Selain itu, beberapa pintu kaca cawangan bank turut pecah juga keadaan sama turut dilaporkan berlaku di sekitar Georgetown.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, memaklumkan semua pokok tumbang berjaya dialihkan sebelum jam 4 pagi tadi, dan banjir kilat surut dalam tempoh dua jam.

Katanya, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua jalan terjejas dibuka kembali kepada orang ramai sebaik kerja pembersihan selesai.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian