Qari Sarawak, qariah Pulau Pinang johan tilawah PDRM

quran

KUALA TERENGGANU, Isnin – Wakil dari kontinjen Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing diumumkan sebagai johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Nordin Putit berjaya mengumpul 94 markah manakala Suriani Abd Jalil memungut 76.5 markah, sekali gus menewaskan 22 peserta lain pada majlis yang berlangsung di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Kedua-dua mereka yang merupakan kakitangan awam PDRM, membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan, piala pusingan, sijil penyertaan dan juga hamper.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid dalam sidang media kemudian berkata pihaknya berhasrat memperluaskan penganjuran tilawah al-Quran PDRM ke negeri lain.

“Ini adalah acara tahunan PDRM dan lazimnya ia diadakan di Bukit Aman dan ini adalah julung kali penganjuran dibuat di Terengganu.

“Insyaalah pada masa depan kita akan perluaskan penganjuran tilawah ini ke kontinjen lain pula,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian