Rais Yatim khuatir Bahasa Melayu jatuh jika tidak diutamakan

rais

KUALA LUMPUR, Rabu – Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengsyorkan agar bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diangkat menjadi bahasa komersial dalam semua urusan.

Beliau berkata,pemegang dasar harus membuat pendekatan yang jelas yang mana ianya harus bermula dari peringkat kanak-kanak.

Ini kerana katanya, ibu bapa masa kini lebih gemar menyajikan buku-buku dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Melayu kepada anak-anak, dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam medan bacaan dan komunikasi mereka.

“Dasar-dasar yang berkaitan juga harus disemak semula dan perancangan baharu perlu dibuat … saya khuatir dalam satu dekad akan datang, bahasa Melayu akan mengalami kejatuhan yang sangat memalukan dan tidak lagi diangkat sebagai bahasa utama di Malaysia.

“Dengan memberi galakan membaca buku-buku bahasa Melayu sejak dari awal ia diyakini mampu menyemarakkan semangat cinta akan bahasa Melayu di dalam diri mereka,” katanya.

Mengulas perkara yang sama, Ketua Eksekutif Little Sun Sdn Bhd, Leon Ang Kok Leong, yang juga penerbit buku kanak-kanak, berkata di kawasan bandar khususnya, buku bahasa Inggeris mempunyai permintaan lebih tinggi berbanding buku dalam bahasa Melayu.

Buku-buku cerita klasik Inggeris seperti, ‘Cinderella’, ‘Snow White’ dan ‘Rapunzel’ sering menjadi permintaan kanak-kanak hari ini.

“Walau bagaimanapun, buku-buku bahasa Melayu tetap mempunyai pengikut tersendiri terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?