Ramadan: Peniaga dinasihat tidak jual makanan awal

BazaarRamadhan
KUALA LUMPUR, Jumaat – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menasihatkan peniaga restoran dan penjaja supaya tidak menjual makanan awal pada bulan Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, ia bagi mengelak umat Islam mudah mendapat makanan dan tidak menghormati bulan Ramadan dengan makan dan minum di khalayak ramai sekiranya tidak berpuasa.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, Jawi akan mengadakan operasi bersepadu bersama polis dan agensi berkaitan untuk menangkap umat Islam yang makan, minum serta merokok di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan.

Wan Jaapar berkata, individu yang ditangkap kerana makan, minum dan merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan ditangkap dan disiasat mengikut seksyen 15a dan b Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan, 1997.

Beliau berkata, 25 orang Islam ditangkap di sekitar ibu negara tahun lepas kerana makan dan minum secara terbuka selain merokok di khalayak ramai, berbanding 12 tangkapan pada 2014. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian