Ramadhan Adalah Hadiah Allah Buat Umat Muhammad SAW

Oleh Adli Adnan

Kuala Pilah, 28 Mei – Ramadhan adalah hadiah yang paling bermakna buat umat Nabi Muhammad SAW kerana pada bulan yang mulia ini, kita akan memprogramkan diri kita dan juga keluarga dengan aktiviti yang bermanfaat.

Itu adalah antara intipati yang telah disampaikan dalam forum Ramadhan: Sahaja Aku Menantimu anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Pilah baru-baru ini.

Program yang telah menampilkan pasangan suami isteri, Ustaz Salman Al-Farisi Selamat dan juga Dr. Fatimah Zaharah Rosli telah mengupas segala persoalan berkaitan Ramadhan dari sudut syarak dan juga kesihatan.


Menurut Ustaz Salman, masyarakat Islam di Malaysia perlu mengubah paradigma sambutan Ramadhan. Sambutan Ramadhan sepatutnya diraikan dengan penuh meriah kerana Ramadhan adalah pesta ibadah berbanding dengan  sambutan Syawal.

Selain itu, umat Islam juga digesa untuk mengambil peluang pada bulan Ramadhan untuk memperbaiki tahap kesihatan dan sebagai batu loncatan untuk kekal cergas bagi bulan-bulan yang mendatang.


Antara isi yang menarik yang telah dikupas oleh Dr. Fatimah adalah dengan berpuasa, seseorang itu dapat mengawal kadar kolestrol dalam badan dan ini disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh saintis barat.

“Amalan pemakanan yang terbaik adalah amalan pemakanan yang diamalkan oleh nabi dan kita harus menjadikan Ramadhan sebagai medan amal untuk mempraktiskan amalan pemakanan yang sihat”, tambah beliau lagi.

Program yang bertempat di Masjid Al-Firdaus dan telah berlangsung selama 2 jam ini telah dihadiri kira-kira 150 orang jemaah di sekitar Kuala Pilah.


Selain forum, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti edaran takwim Ramadhan, gerai Aman Palestin dan pemeriksaan kesihatan oleh i-Medik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian