‘Rethinking Islamic Reform’ anjuran UM, IRF tampil tokoh tolak al-Quran dipertikai

dr-khalif-muammar

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim

BANGI, Ahad – Pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khaliff Muammar menyelar penganjuran program ‘Rethinking Islamic Reform’ yang turut menampilkan tokoh kontroversi, Abdullahi Ahmed An-Naim, semalam.

Katanya, tiada sebarang kewajaran untuk mengundang tokoh kontroversi itu sebagai pembentang dalam program yang berlangsung di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) itu.

Beliau berkata, Abdullahi dalam bukunya sebelum ini menolak syariah dan sebahagian besar kandungan al-Quran kerana baginya ia bertentangan dengan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR).

“Baginya (Abdullahi), Shari’ah mesti tunduk kepada hak asasi manusia ala Barat, jika bertentangan ia mestilah dirombak dan ditafsirkan semula mengikut nilai-nilai liberal,” katanya menulis di laman Facebooknya, hari ini.

Justeru, Dr Khaliff berkata, kesesatan seperti ini tidak wajar disebarkan di pentas-pentas umum sedangkan liberalisme telah difatwakan dan diwartakan haram oleh pihak berkuasa.

“Kebebasan berpendapat memang diraikan, tetapi ia tidak patut disalahgunakan untuk menyebarkan kesesatan tentang ajaran Islam,” ujarnya.

Program yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang UM dengan kerjasama Islamic Renaissance Front (IRF) itu turut menampilkan Dr Maszlee Malik, Dr Abdul Karim Abdullah dan moderator, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.

Khaliff juga berkata, sambutan luar biasa yang dilakukan oleh IRF terhadap penganjuran program ini sememangnya tidak wajar.

“Sekiranya IRF sememangnya mempunyai agenda untuk menyebarkan fahaman liberalisme maka selayaknya buang saja nama Islamic.

“Jangan kelirukan masyrakat dengan mempergunakan nama Islam,” tegasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian