RUU hudud: Umat Islam tak perlu minta izin penganut agama lain, kata Felo IKSIM

Prof Datuk Dr Inayah Yaakob

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Ahad – Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai Makhamah Syariah (Akta 355) tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama lain, sebaliknya ia dikhususkan kepada umat Islam.

Justeru, Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Dr Inayah Yaakob berkata, umat Islam tidak perlu meminta izin daripada penganut agama lain, bagi mendapat persetujuan usul Akta 355 itu dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

“Berbalik dalam keadaan negara kita dan kita lihat Perkara, 3, 37, 4 dan 39, semua ini menunjukkan Islam adalah agama Persekutuan. Ini bermakna, kenapa perlu RUU 355 itu mendapat izin yang begitu berat?

“Sedangkan kita hanya minta laluan untuk ia dibahaskan dan ia tiada masalah kerana Islam adalah agama yang paling tinggi dalam Persekutuan. Apa yang dikatakan ini adalah fakta,” katanya kepada Ismaweb ketika ditemui pada Seminar Liberalisme, Maslahah atau Mafsadah disini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembentangan rang undang-undang itu tidak menjaga perasaan orang kafir di negara ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng mendakwa pembentangan usul di Dewan Rakyat, Khamis lalu sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Menyelar dakwaan Guan Eng itu, Prof Dr Inayah berkata, pembentangan rang RUU persendirian itu bukan bermakna ia akan terus dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya ia hanya mahu dibentang serta dibahaskan sahaja.

“Jadi perkara itu sebenarnya bukanlah satu gertakan membuat hudud dalam tempoh 24 jam. Ia hanya mohon untuk dibentangkan supaya dapat dibahaskan di Parlimen.

“Salah faham itu mungkin agaknya pandangan yang melihat RUU berkenaan diberi ruang seolah-olah akan dilaksanakan undang-undang hudud dalam masa terdekat. Sebenarnya tidak kerana banyak lagi prosesnya,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, walaupun pelaksanaan hudud ini khusus kepada umat Islam, namun ia mempunyai banyak ‘standard operating procedure’ (SOP) sebelum hukuman dijatuhkan.

“Ketika zaman baginda Rasulullah SAAW didatangi oleh seseorang yang mengaku dirinya berzina, tetapi Rasulullah boleh tolak lagi untuk pastikan betulkah dia melakukannya.

“Ini menunjukkan bahawa walaupun begitu, tetapi tidak mudah untuk kita terus lakukan hukuman seperti potong tangan dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Parlimen.

Bagaimanapun, Abdul Hadi meminta supaya perbahasan berhubung usul itu ditangguh pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian