RUU Mahkamah Syariah eksklusif untuk umat Islam: IKSIM

851419404_64822_11542924995503771642

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Ahad – Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai Makhamah Syariah (Akta 355) tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama lain, sebaliknya ia dikhususkan kepada umat Islam.

Justeru, Felo Utama merangkap Pengurus Besar Penyelidikan & Pembangunan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub berkata, umat Islam tidak perlu meminta izin daripada penganut agama lain, bagi mendapat persetujuan usul Akta 355 itu dibentang dan dibahaskan.

“Berbalik dalam keadaan negara kita dan kita lihat Perkara, 3, 37, 4 dan 39 sebagai asas dalam Perlembagaan semua ini menunjukkan Islam adalah agama Persekutuan. Ini bermakna, RUU 355 itu tidak perlu mendapat izin dari penganut bukan Islam kerana tujuannya adalah memartabatkan mahkamah Syariah.

“Sedangkan kita hanya minta laluan untuk ia dibahaskan dan ia tiada masalah kerana Islam adalah agama yang paling tinggi dalam Persekutuan. Islam sebagai agama Persekutuan adalah fakta yang tidak boleh disangkal dalam Perlembagaan,” katanya kepada Ismaweb ketika ditemui sebagai pembentang Ucaptama pada Seminar Liberalisme, Maslahah atau Mafsadah disini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembentangan rang undang-undang itu tidak menjaga perasaan orang bukan Islam di negara ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng mendakwa pembentangan usul di Dewan Rakyat, Khamis lalu sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Prof Datuk Dr Inayah berkata, pembentangan rang RUU persendirian itu bukan bermakna ia akan terus dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya ia hanya baru memohon laluan untuk dibentang serta dibahaskan sahaja.

“Jadi amat tidak benar jika perkara itu dilihat sebagai satu gertakan membuat hudud dalam tempoh 24 jam. Ia hanya mohon untuk dibentangkan supaya dapat dibahaskan selepas ini dan masih banyak ruang untuk semua pihak memberikan pandangan.”

“Salah faham itu mungkin agaknya pandangan yang melihat RUU berkenaan diberi ruang seolah-olah akan dilaksanakan undang-undang hudud dalam masa terdekat. Sebenarnya tidak kerana banyak lagi prosesnya, dan objektif sebenar ialah untuk menaik taraf mahkamah Syariah katanya.

Mengulas lanjut katanya, walaupun pelaksanaan hudud ini khusus kepada umat Islam, namun ia mempunyai banyak ‘standard operating procedure’ (SOP) sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan.

“Ketika zaman baginda Rasulullah SAAW didatangi oleh seseorang yang mengaku dirinya berzina, Rasulullah tidak terus menjatuhkan hukuman sebaliknya yang mengaku itu diminta betul betul faham dengan apa yang didakwanya”

“Ini menunjukkan bahawa walaupun ada pengakuan berzina sekalipun tetapi tidak mudah untuk kita terus lakukan hukuman seperti potong tangan dan sebagainya.

“RUU ini perlu dilihat untuk menaikkan martabat mahkamah Syariah maka masyarakat bukan Islam tidak perlu melatah,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RRUU Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Parlimen.

Bagaimanapun, Abdul Hadi meminta supaya perbahasan berhubung usul itu ditangguh pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian