RUU Persendirian: PAS sedia berdialog

tuan_ibrahim_new2

KOTA BHARU, Selasa – PAS telah menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi meningkatkan kefahaman mereka berhubung usul Rang Undang-undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak tergopoh gapah hendak melaksanakannya, sebaliknya bersedia memberi ruang untuk usul pindaan itu dikaji dan didalami serta dibahaskan di Parlimen.

“Kita bawa usul ini dan kita bersedia memberi ruang untuk membahaskannya,” katanya semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di sini hari ini.

Katanya usul pindaan itu yang dibentangkan anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Khamis lepas yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah merupakan hak orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Katanya PAS juga berjanji bahawa sebarang perubahan yang dibawa parti itu tidak akan membawa pencerobohan kepada peraturan, undang-undang dan Perlembagaan yang didukung bersama.

Sementara itu Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata rang undang-undang itu perlu dibahaskan oleh anggota Parlimen dengan penuh adab dan keilmuan yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian