RUU: Presiden Gerakan tetap bantah, mahu jumpa Najib

mah-siew-Keong

MELAKA, Selasa – Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Seri Mah Siew Keong kekal dengan pendirian untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

RUU itu dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, Khamis lalu.

Ia dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Abdul Hadi berkata, ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Namun begitu, Siew Keong tetap tidak bersetuju dengan RUU berkenaan dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara terbabit.

“Saya akan berjumpa dengan PM (Perdana Menteri) untuk membincangkannya. Saya harap ada sesuatu keputusan yang baik,” katanya selepas menghadiri majlis makan malam Gerakan Melaka di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Terdahulu, pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan di negara ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?