Tak perlu ujian DNA, kajian arkeologi untuk bukti kewujudan Hang Tuah

Screen-Shot-2015-02-05-at-4.45.01-PM

BANGI, Rabu – Kewujudan lagenda Melayu Hang Tuah tidak perlu dipertikaidengan saranan supaya dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonakliek (DNA) dan kajian arkeologi.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, kajian Hang Tuah telah dibuat pakar sejarah serta sastera sejak 60 tahun lalu dan bersepakat mengatakan kewujudannya.

“Bukti-bukti kewujudan pahlawan Hang Tuah amat kukuh dan tidak boleh dipertikaikan lagi…saranan ujian DNA diadakan tidak perlu dan membuang masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan khas Bernama sebelum ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dipetik sebagai berkata Hang Tuah bukan figura mitos serta meminta pihak yang menafikan kewujudannya mengemukakan bukti kukuh.

Jamil yang menyokong kenyataan Idris berkata, Iksep menyarankan Jabatan Warisan Negara membuat kajian arkeologi secara menyeluruh, komprehensif dan berterusan berkaitan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

“Iksep mendapati kajian arkeologi dibuat Jabatan Warisan Negara hanya sebahagian kecil sahaja. (Kajian itu perlu dilakukan) bukan sahaja di Kota Melaka tetapi di lokasi terpilih di seluruh rantau Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-13 hingga 16,” katanya.

Sebelum ini, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat ujian DNA perlu dilakukan bagi membuktikan sama ada Hang Tuah itu wujud atau hanya sebuah cerita dongeng semata-mata.

Malah, 19 Mei lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bukti arkeologi kewujudan Hang Tuah belum ditemui, namun majoriti sarjana tempatan bersepakat makam Hang Tuah terletak di Tanjung Keling, Melaka manakala keris Taming Sari adalah sebahagian daripada regalia Diraja Perak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian