Terlampau sesak, 2,000 pelarian dipindah dari kem sempadan Greece
IDOMENI, Rabu – Polis Greek memindahkan hampir 2,000 pendatang dari kem yang terlampau sesak di Idomeni, Greece, semalam.
Mereka yang dipindahkan itu termasuk 662 pelarian Syria, 1,273 Kurdis dan 96 Yazidis.
Bagaimanapun dilaporakan, ratusan daripada mereka enggan memasuki pusat baharu berkenaan dan berjalan kaki keluar dari bandar Thessaloniki.
Selain itu polis turut melancarkan operasi pembersihan khemah pelarian yang melarikan diri dari peperangan dan hidup miskin sejak berbulan lalu.
Operasi pembersihan bermula pada awal pagi dan menjelang petang pegawai Greece berkata seramai 2,031 orang diangkut dengan bas ke kem penempatan migran baharu berdekatan Thessaloniki, kira-kira 80 kilometer ke selatan negara itu.
“Operasi pemindahan ini akan disambung hari ini (Rabu),” kata pejabat penyelaras pendatang Greece dalam satu kenyataan.
Kem di sempadan Macedonia itu menjadi simbol kesengsaraan bagaimana mangsa pelarian meneruskan kehidupan dengan negara Eropah berdepan dengan krisis migran terburuk sejak Perang Dunia Kedua. -Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan