Tiada racun dalam bijirin Quaker Oats

quaker-oats

KUALA LUMPUR , Sabtu – Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate, sejenis racun rumpai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).

“Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Dr Hisham berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Semua itu akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan terkawal.

“Justeru, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://ift.tt/1vVF64U jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan,” katanya. 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?