Tiga remaja Palestin ditahan disyaki terlibat serangan

379346C

BETHLEHEM, Selasa – Tiga remaja Palestin telah ditahan oleh tentera Israel setelah disyaki terlibat dalam serangan menikam awal bulan ini di Timur Baitulmuqaddis.

Jurucakap polis Israel, Luba al-Samri berkata dalam satu kenyataan bahawa remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun itu ditahan pada 19 Mei lalu setelah dilaporkan menikam dua orang wanita warga Israel pada 10 Mei.

Kedua-dua wanita warga Israel itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Menurut laporan, remaja ketiga yang ditahan tidak berada di tempat kejadian ketika serangan berlaku.

Luba berkata, tentera Israel turut mengesyaki ibu kepada salah seorang remaja itu terlibat dalam merancang serangan.

Beberapa bulan ini, Israel telah menuduh ramai rakyat Palestin terlibat dalam hasutan dan serangan serta beberapa cubaan serangan terhadap tentera dan peneroka Israel.

Kebanyakan rakyat Palestin yang disyaki terlibat dalam serangan ditembak mati di tempat kejadian.

Lebih daripada 200 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak pergolakan berlaku di seluruh wilayah Palestin yang diduduki sejak Oktober.

Menurut pertubuhan hak-hak tahanan Palestin Addameer, kira-kira 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sejak April termasuk 438 kanak-kanak. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?