Usah sempitkan undang-undang Islam: Hadi Awang

Pan-Malaysian Islamic (PAS) President Abdul Hadi Awang speaks during a Merdeka forum by PAS at Selangor University (UNISEL) in Shah Alam on August 30, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak menyempitkan undang-undang Islam dengan menumpukan pada hukum hudud semata-mata.

Sedangkan katanya, usul rang undang-undang persendirian itu lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam, sekaligus menaik taraf Mahkamah Syariah termasuk undang-undang keluarga, pusaka dan wakaf.

“Adapun hukuman jenayah yang disebut di bawah pindaan ini, lebih banyak dalam perkara takzir yang terlalu ringan bersifat mendidik masyarakat Islam dan menjadi contoh kepada bukan Islam tanpa paksaan.

“Hukuman jenayah berat dalam perkara hudud dan qisas seperti hukuman bunuh, memotong tangan pencuri yang amat ditakuti DAP dan sepertinya tidak terlibat.

“Sepatutnya mereka tidak perlu takut kalau tidak mencuri atau merompak, kerana pindaan undang-undang ini memerlukan majoriti 2/3, di mana mereka boleh menghalang kerana sudah pasti mereka tidak menyokong, bahkan menghalangnya kerana perangai begitu rupa walaupun perkara urusan penganut Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun kesal apabila isu pembentangan rang undang-undang tersebut terus dipertikaikan sehingga dijadikan senjata yang paling kuat menyerang Islam.

“PAS tidak perlu memikul kesalahan DAP yang mengumpul masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina dan lain-lain ke dalam bakul pembangkang DAP, sehingga memilih secara kasar dan hanya bersorak di dalam Parlimen serta demonstrasi jalanan untuk paparan berita hangat media,” katanya.

Malah tegas beliau, usul ini hanya berkaitan dengan penganut Islam sahaja untuk membetulkan asas Perlembagaan negara.

“Perkara 3, Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan untuk diamal secara bebas.

“Masalahnya Islam yang menjadi agama Persekutuan ini masih tidak bebas, khusus bagi orang Islam yang sudah dihimpit dengan masalah yang wajib diselesaikan dengan syariat Islam,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian, bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, yang menyebut bahawa dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2A, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian