VIDEO: Mohamed Badie dipenjara seumur hidup


Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Pemimpin Kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 35 anggota pertubuhan itu.

Mereka didapati bersalah menghasut sehingga menimbulkan keganasan, yang mengakibatkan tiga orang terbunuh pada tahun 2013.

Kes membabitkan rusuhan jalanan besar-besaran yang mengorbankan ribuan rakyat Mesir.

Rusuhan tercetus selepas bekas Presiden Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera pada Julai 2013.

Dua hari lalu, Badie dikenakan hukuman mati dalam satu lagi kes, serta hukuman penjara seumur hidup dalam beberapa kes lain.

Ia adalah satu daripada siri perbicaraan membabitkan penyokong Ikhwanul Muslimin.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam kerajaan mesir kerana menjalankan perbicaraan beramai-ramai dan tindakan menjatuhkan hukuman, secara berkumpulan.

Sumber: Berita TV9

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian