YSPM bantu tingkat kualiti pendidikan Negara

mahzo.transformed_0KUALA LUMPUR, Jumaat – Penubuhan Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia (YSPM) berperanan meningkatkan penyertaan pihak swasta dan korporat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, YSPM selari dengan usaha kementerian seperti yang terkandung dalam Anjakan Kesembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang melibatkan kerjasama ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara lebih meluas.

“Kementerian menyedari bahawa tidak semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bergerak aktif dan tidak semua sekolah mendapat perhatian yang sama daripada pihak penaja yang berpotensi.

“Meskipun masih baharu, namun YSPM telah berjaya mengorak langkah dengan menjalankan pelbagai aktiviti PIBG seluruh negara,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Malam Sumbangsih dan Pelancaran YSPM di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi YSPM, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan.

Mahdzir, yang juga penaung YSPM, menyeru pihak swasta agar memainkan peranan yang lebih bermakna sama ada melalui sumbangan dana, perkongsian pintar, atau menawarkan khidmat pakar kepada sekolah-sekolah berkenaan.

“Saya menyokong penuh untuk melihat YSPM membantu termasuk kawasan bandar seperti miskin bandar dan seterusnya dapat dikembangan ke luar bandar,” katanya.

Beliau berkata menerusi bantuan dan sokongan tersebut YSPM berupaya melancarkan progam berimpak tinggi dengan matlamat untuk mencetuskan perubahan minda dalam kalangan murid-murid terutamanya dalam kemahiran berfikir aras tinggi.

YSPM yang mula ditubuhkan pada 2014 berperanan memberi sokongan dan bantuan kepada PIBG terutama di luar bandar, pedalaman dan sekolah miskin bandar.  – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian