Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 seorang

duit raya

ALOR SETAR, Isnin – Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini kekal sebanyak RM7 seorang seperti yang dikenakan tiga tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.

Beliau berkata, lebih 3,000 amil dilantik dengan kaunter zakat disediakan di 541 buah masjid serta kawasan tumpuan ramai.

Pembayaran turut boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih, katanya.

Syeikh Ghazali berkata, Jabatan Zakat Negeri Kedah menyasar kutipan zakat fitrah sebanyak RM9 juta tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas.

Bagi pungutan keseluruhan jenis zakat, kira-kira RM140 juta berjaya dikutip tahun lalu berbanding RM127 juta pada tahun 2014, katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian