880 pelarian maut rentas Laut Mediterranean

pelarian

GENEVA, Rabu – Sekurang-kurangnya 880 pendatang maut ketika cuba merentasi Laut Mediterranean minggu lalu, lapor Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Jurucakapnya, , William Spindler berkata, kematian melibatkan pelarian ini semakin meningkat dengan 2,510 nyawa hilang akibat bot pecah dan karam berbanding 1,855 mangsa yang maut bagi tempoh sama tahun lalu.

Ini berikutan katanya, penyeludup manusia kini memuatkan ramai pelarian dalam bot yang tidak selamat dan dalam banyak kes mereka terbabit memang tidak akan berjaya menyeberangi ke Eropah.

“Apa yang berlaku ialah sebaik sahaja mereka mula berlayar, mereka memanggil penyelamat dan penyelamat datang untuk menyelamatkan mereka.

“Bagaimanapun, penyelamat terpaksa berlawan dengan masa dan dalam kebanyakan kes mereka terlambat,” katanya. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian