Aman Palestin sasar RM15 juta sumbangan Ramadan

photo_2016-06-02_17-46-34

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, Isnin – Aman Palestin Berhad (APB) mensasarkan kutipan sebanyak RM15 juta pada Ramadan untuk disumbangkan kepada pelarian Palestin di Syria.

Pengurus Media APB, Anas Abdul Wahab berkata, pihaknya telah merangka beberapa program sebagai usaha mengutip dana sumbangan kepada rakyat di negara bergolak itu.

“Pelbagai program akan dianjurkan seperti solat terawih bersama imam Palestin, Buskin for Charity, Gerak Gempur Bazar Ramadan, Pertandingan Kad Raya dan juga Pakej Ramadan bersama Palestin.

“Pakej Ramadan bersama Palestin adalah pakej sumbangan yang cukup istimewa kerana merangkumi tajaan sahur, berbuka puasa, duit raya, imarah masjid Al-Aqsa dan bantuan Syria,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sehingga kini APB telah menerima RM120,000 hasil penyertaan awal pakej itu dan ia akan diteruskan sehingga minggu terakhir Ramadan.

“Dengan hanya serendah RM100, semua rakyat Malaysia boleh menyertai pakej anjuran kami,” katanya.

Katanya lagi, selain Palestin, beberapa sukarelawan APB juga merancang mengadakan satu lagi misi bantuan kemanusiaan ke Syria dan Lubnan pada awal Ramadan ini bagi membantu pelarian Palestin di sana.

“Kami akan membawa bantuan masuk ke kawasan-kawasan kritikal seperti Aleppo, Damsyik dan sebagainya,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian