Anggota PAN rindu PAS: Nik Abduh

21nik.transformed

KOTA BHARU, Rabu – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, anggota Parti Amanah Negara (PAN) yang meninggalkan PAS merindui parti itu dan hilang kenikmatan selepas menyertai parti baharu berkenaan.

Dalam ucapan penggulungannya hari ini, Nik Mohamad Abduh secara sinisnya yakin pemimpin PAN turut merindui ‘kemanisan’ berjuang di dalam parti Islam itu, lebih-lebih lagi dalam bermuktamar.

“Banyak yang saya dengar dari jauh bahawa mereka merindui PAS, mereka rindu suasana yang ada di dalam PAS yang mereka dah hidup lama berpuluh tahun.

“Mereka tidak lagi merasa nikmat itu, tidak lagi rasa isitilah wala’, ukhwah, istilah agama yang kemas dan kukuh yang disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Mereka mahu sesuatu yang lebih baru tetapi mereka lupa bahawa yang baru itu bukan sesuatu yang diredhai Allah SWT,” katanya pada Muktamar Dewan Ulamak Pas ke-55 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pintu masih terbuka buat anggota PAN untuk kembali menyertai PAS.

“Selepas berbalah, kita bermuhasabah balik kepada PAS. Ini kerana sejarah PAS penuh dengan orang yang kembali selepas pergi.

“Kita berharap ada di kalangan sahabat-sahabat kita di Amanah akan kembali. InsyaAllah,” katanya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian