Azmin digesa cuti sementara

azmin-ali

KUALA LUMPUR, Rabu – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa supaya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSM), Ramesh Rao berkata, langkah itu adalah yang terbaik bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa gangguan.

“Kita desak (Mohamed) Azmin Ali untuk bercuti sementara menunggu siasatan SPRM selesai.

“Jika siasatan menunjukkan beliau bersih daripada sebarang salah laku, beliau boleh menyambung tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu turut dinasihati agar mencontohi Pengerusi CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak yang secara sukarela mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap isu pengagihan dana AS$7 juta (RM29 juta) kepada beberapa ahli politik.

“Ketika ini, Nazir sudah kembali bertugas sebagai Pengerusi CIMB seperti biasa selepas siasatan mendapati dirinya tidak melakukan sebarang salah laku.

“Bercuti sementara adalah satu perkara biasa jika ada siasatan ke atas sebarang kes dilakukan,” katanya.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan dan menyerahkan bukti kepada SPRM berkenaan wujudnya unsur rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian