Cina Peranakan mahu diiktiraf sebagai Bumiputera

nyonya

Gambar hiasan

TENGKERA (Melaka), Khamis – Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan berkata, masyarakat Cina Peranakan mahu diiktiraf sebagai Bumiputera.

Meskipun terdapat salah tanggapan bahawa mereka tidak sabar-sabar untuk diberikan status Bumiputera itu kerana hendak menikmati keistimewaan, Ronald bagaimanapun menafikannya.

“Kami tidak berminat dengan itu, kami hanya mahu pengiktirafan kerana kami sudah menjalani gaya hidup Melayu.

“Kami saling bertukar-tukar pantun dan makan menggunakan tangan.

“Malah sebelum British tiba di Melaka, Belanda turut memberi pengiktirafan sama kepada masyarakat Baba Nyonya,” katanya sambil memberitahu bahawa semasa pemerintahan British, mereka telah diberikan tanah dan Portugis telah mengurniakan status mereka.

Gan berkata, sejarah masyarakat Cina Peranakan yang menetap di Melaka pada awal abad ke-14, juga telah pun dikenali sebagai Melayu.

“Ia adalah sebab mengapa sesetengah 200 plot Tanah Melayu Adat di negeri ini dipunyai oleh Peranakan Cina.

“Kebanyakan tanah ini adalah di Klebang, Tanjung dan Bukit Rambai,” katanya.

Dalam masa yang sama, Gan berkata, kebanyakan daripada mereka juga masih bertutur dalam bahasa Peranakan yang merupakan gabungan bahasa Melayu dan dialek Cina tertentu.

“Dengan status itu, kami berharap bahawa sejarah kami yang kaya dan budaya yang mengembalikan memori ke Kesultanan Melayu Melaka akan diberikan pengiktirafan yang sebetulnya,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Tengkera di sini, hari ini.

Sebelum ini , Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri menyokong usaha masyarakat Peranakan Cina untuk diiktiraf sebagai bumiputera.

“Kami menganggap mereka sebagai masyarakat pribumi dan menyokong sebarang langkah untuk mereka mendapatkan status bumiputera,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian