DAP yang sombong, ‘beri arak’ kepada PAN: Nik Abduh

nikabduh

KOTA BHARU, Rabu – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa parti cauvinis dan rasis, DAP terlalu sombong sehingga tidak menyedari kesombongan sendiri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa cemuhan dilemparkan terhadap beliau melabelnya sebagai angkuh susulan cadangan agar PAS mengkaji semula kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada bekas rakan sekutunya sebelum ini.

“Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.

“DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP,” katanya pada sidang media sempena Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abduh berkata, DAP ‘memberi arak’ kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN).

“Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎,” katanya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian