Dewan Ulama PAS kecam pengiktirafan DAP terhadap LGBT

DEWAN ULAMA PAS

PASIR PUTEH, Rabu – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menyeru pemimpin khususnya ulama mendampingi kelompok pelaku seks songsang LGBT untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya.

Ketua DUPP, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin parti itu ‘memimpin’ masyarakat berlandaskan Al-Quran dikala gejala seks songsang seakan kian diiktiraf.

“Dewan Ulama PAS juga menyeru seluruh ulama haraki bahawa mereka wajib memimpin masyarakat untuk menafsirkan Islam secara ilmu dan amal, daripada Al-Din yang terkandung didalam al-Quran dengan makna yang sempurna dan lengkap, dengan membebaskan khurafat warisan penjajah yang mentakrifkan Islam dengan maksud ‘agama’ daripada bahasa asing yang bukannya bahasa Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-55 di Sweet Beach Resort, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan di bawah naungan parti rasis dan cauvinis, DAP Pulau Pinang meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Susulan itu Datuk Mafodz berkata, DUPP mengutuk semua sokongan yang bernuansa budaya kaum Lut ini.

Katanya, pengikirafan sedemikian meletakkan negara berada di dalam krisis apabila golongan sedemikan diberi perakuan atas nama hak asasi manusia.

“Negara kita hakikatnya berada dalam krisis apabila pelaku-pelaku seks songsang (LGBT) diberikan perakuan atas nama hak asasi manusia bukan sahaja oleh kumpulan 25 orang-orang kenamaan, pertubuhan COMANGO yang diberi laluan untuk membawa isu ini kepada keprihatinan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Bahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi kerajaan pertama di Malaysia memberikan pengiktirafan melalui Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang yang bermesyuarat kali pertama di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada 17 Mei 2016,” katanya

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian