Dewan Ulamak PAS lulus usul tubuh task force RUU

Senator-Datuk-Dr.-Johari-Mat-435x325PASIR PUTEH, Rabu – Usul mewujudkan badan bertindak untuk memberikan penerangan kepada ahli Parlimen dan Adun berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016, diluluskan Dewan Ulamak PAS, semalam.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Johari Mat yang membawa usul itu mahu semua wakil rakyat memahami pindaan Akta 355 itu terlebih dahulu, sebelum ia dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat, pada Oktober ini.

“Dewan Ulamak PAS mengusulkan agar Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meliputi Lajnah Parlimen, Lajnah Penerangan Dan Lajnah Dakwah mewujudkan satu badan bertindak.

“Ia bertujuan untuk menerangkan kepada ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dun agar memahami hasrat di sebalik usul pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965,” katanya dalam Muktamar Dewan Ulamak Pas ke-55 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Johari juga turut mengusulkan supaya PAS mengadakan siri dialog dengan parti-parti politik, NGO dan masyarakat bukan Islam agar tidak menyalah tafsir Akta 355 itu.

“Mereka perlu memahami usul pindaan Akta 355 hanya menyentuh hak orang Islam untuk beramal mengikut syariat agamanya, selaras dengan perkara 3 dan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru NGO-NGO Islam supaya memainkan peranan utama dalam menyokong usaha yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 25 Mei lalu.

Usul berkenaan turut disokong oleh perwakilan Dewan Ulamak Pas Kelantan, Nik Radzi Nik Mat bagi membolehkan usaha penerangan mengenai RUU itu dilakukan lebih awal kepada semua pihak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian