EXCO Kedah tarik balik keputusan keluar MCA

Datuk-Dr.-Leong-Yong-Kong

SHAH ALAM, Khamis – EXCO Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong menarik balik keputusannya untuk keluar dari parti perkauman, MCA seperti yang diumum pada 27 Mei lalu.

Kong dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat pimpinan partinya dan kompenen BN yang lain lantang menentang usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah.

Sebelum ini beliau memutuskan untuk meninggalkan MCA sebagai protes apabila parti itu gagal menghalang sokongan terhadap RUU yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun selepas itu beliau digesa akar umbi parti untuk kembali bersama MCA dan menyokong presiden serta jawatankuasa pusat dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Hasilnya hari ini beliau memutuskan untuk menarik balik keputusannya untuk keluar parti.

Terdahulu, RUU Persendirian PAS ini menyaksikan pimpinan utama parti komponen BN bertindak mengugut untuk meletakkan jawatan mereka, sebagai tanda protes.

Ini termasuk Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC (Menteri Kesihatan) Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Presiden Gerakan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Mah Siew Keong.

Kesemua mereka dilaporkan meminta untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian