Ibu bapa enggan vaksin anak dianggap penganiayaan: KPWKM

vaksin

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Khamis – Ibu bapa yang enggan memberi suntikan vaksin dan imunisasi sehingga menjadi punca penyakit dan mengancam nyawa ke atas anak-anak disifatkan sebagai satu tindakan penganiayaan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan berkata, sesiapa yang menganiaya kanak-kanak bakal berdepan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, KPWKM mahu ibu bapa supaya bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“KPWKM menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan KKM bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik,” kata kenyataan itu.

Akta kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-Undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April lalu dan Dewan Negara pada 4 Mei 2016.

Sebelum ini, tujuh beradik dari Kuala Muda dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, selepas disyaki dijangkiti difteria. Pemeriksaan mendapati empat daripada mereka yang berusia 10 bulan, 2 tahun, 3 tahun dan empat tahun tidak diberi suntikan pelalian difteria.

The post Ibu bapa enggan vaksin anak dianggap penganiayaan: KPWKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?