Israel ‘halalkan’ tanah Palestin secara senyap

photo_2016-06-02_14-51-26

TEL AVIV, Khamis – Israel merampas tanah Palestin secara senyap dengan memetakan semula kira-kira 6,070 hektar tanah di kawasan Tebing Barat.

Tindakan itu dilapor sebagai usaha untuk ‘menghalalkan’ peluasan pe­nempatan haram Yahudi di lokasi berkenaan.

Memetik Portal PressTV, Israel pada tahun 2014 dan 2013 turut me­lakukan perkara sama melibatkan pemetaan 5,000 hektar dan 3,000 hektar tanah di Tebing Barat.

Penyelidik penempatan, Dror Etkes berkata, rampasan tanah oleh Israel dilakukan di kawasan yang jauh dari blok perumahan serta kawasan yang ditandakan semula oleh Israel sebelum ini sebagai zon kebakaran.

“Rejim Zionis sebenarnya merampas tanah Palestin secara senyap setiap tahun.

“Kawasan rampasan juga semakin lama semakin jauh ke perkampungan penduduk Pa­lestin,” katanya.

Mengikut sejarah, Israel dibentuk pada 1948 selepas menjajah tanah penduduk Palestin dan beberapa wilayah negara Arab.

Seterusnya pada tahun 1967, Israel menduduki wilayah Palestin di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dan Genting Gaza. Rejim itu kemudian me­rampas wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Dilaporkan lebih setengah juta penduduk Israel tinggal di kira-kira 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di wilayah Palestin. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian