Isu banglo: Rahman Dahlan yakin Guan Eng memang bersalah

rahman_dahlan_2_2105_620_413_70

KUALA LUMPUR, Khamis – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau yakin berlaku salah laku dalam isu penjualan dan pembelian banglo oleh Lim Guan Eng.

Abdul Rahman berkata demikian susulan penahanan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis, DAP itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang, semalam.

“Saya yakin berlaku salah laku. Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran,” katanya, semalam.

Dalam masa yang sama, beliau menyifatkan slogan DAP yang kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia kini tidak boleh lagi diguna pakai.

“Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini (semalam). Ketelusan dan kebertanggungjawab mesti diamalkan, bukan sekadar diperkatakan.

“Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan,” katanya.

Lim ditahan SPRM di pejabatnya di Komtar.

Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon pula ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama.

Mereka ditahan selepas menerima arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

The post Isu banglo: Rahman Dahlan yakin Guan Eng memang bersalah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian