KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng?
MEMANG dasar lidah bercabang. Entah neraca apa yang digunakan dalam membuat pertimbangan.
Pedang teringat sorakan penyokong taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat dua.
“Rakyat menang,” sorak lebih 6,000 penyokong Anwar pada hari perbicaraan bertarikh 9 Januari 2012 di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta.
Sebaliknya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memutuskan bahawa Anwar akan dipenjara selama lima tahun, tidak diterima oleh seorang pun penyokong Anwar, malah keputusan itu dianggap zalim lalu institusi kehakiman dikecam teruk.
Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka sokong, tetapi tidak pula sebaliknya.
Sebab itulah Pedang mempersoalkan, neraca apakah yang mereka gunakan sehingga dilihat tidak rasional langsung.
Itu kisah Anwar. Hari ini kisah pemimpin parti rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seterusnya didakwa oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan rasuah dalam pembelian banglo.
Lim Kit Siang, Mat Sabu, pemimpin DAP, pemimpin pembangkang berhimpun menyatakan solidariti mereka terhadap Lim Guan Eng di Georgetown malam tadi.
Lim Kit Siang dalam ucapannya mempersoalkan penangkapan anaknya.
“”Lim Guan Eng ditangkap. Adakah ini adil?”, jerit Kit Siang.
Mat Sabu juga mengambil kesempatan mengutuk pegawai SPRM.
“Tak malukah pegawai-pegawai SPRM?,” jerit Mat Sabu lalu disambut oleh penyokong dengan jeritan “Depa makan dedak, depa makan dedak.”
Untuk rekod, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pernah membuat kenyataan bercanggah sebelum ini yang mengiktiraf dan membenarkan SPRM melakukan tangkapan.
Ini yang Pedang persoalkan.
“Kalau ada apa-apa complaint mengenai salah kuasa, buka (kes),” kata Kit Siang.
“SPRM bebas untuk menyiasat siapa sahaja. Kalau ada kes, dakwa. Tak kira siapa sahajalah,” kata Mat Sabu pula yang juga Presiden PAN.
Kata Pedang: Inilah malangnya Kerajaan Malaysia, dapat puak pembangkang yang ‘terlajak pandai’.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
LAGI KATA PEDANG:
KATA PEDANG: Mari berkempen tolak Hokkien bersifat harbi di Malaysia
KATA PEDANG: Tentera Al-Ahzab berpakat ‘serang’ Mufti Pahang
KATA PEDANG: Semua beban hutang kerajaan diletak di bahu rakyat
KATA PEDANG: Buang ‘Islam agama Persekutuan’ dalam Perlembagaan jika RUU 355 tak diluluskan
The post KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng? appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan