Lima pelajar Maahad Tahfiz Pahang imam solat tarawih di Amerika Syarikat

KUANTAN, 2 Jun -- Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) (dari kanan) Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid, Muhammad Amirul Asyraf Mohd Khadri, Mohd Hafiz Datuk Abdul Rahim, Mohamad Alif Mursyid Husry dan Mohamad Fadhilah Al Hakkam Othman dipilih menjadi imam solat terawih, hari ini. Mereka akan menjalani tanggungjawab tersebut di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang bulan Ramadan ini. Di samping menjadi imam, mereka juga akan mengendalikan beberapa program kepimpinan, kelas fardu ain dan kelas mengaji Al Quran untuk komuniti setempat. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUANTAN, Khamis – Pusat Maahad Tahfiz di negara ini semakin diiktiraf komuniti Islam antarabangsa apabila lima pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) diundang menjadi imam solat tarawih di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, di samping menjadi imam, mereka juga akan mengendalikan beberapa program kepimpinan, kelas fardu ain dan kelas pengajian al-Quran untuk komuniti setempat.

“Mereka yang terpilih merupakan pelajar terbaik kami yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti mahir berbahasa Inggeris, berpengetahuan luas dan mempunyai tahap bacaan al-Quran yang baik kerana mereka bukan sahaja akan mewakili institusi Maahad Tahfiz di Pahang bahkan Malaysia secara amnya,” katanya pada sidang media di MTNP dekat sini, hari ini.

Selain itu, Mahmud berkata, pelajar MTNP turut menerima permintaan bagi mengimamkan solat tarawih di masjid sekitar daerah ini.

“Lebih 10 orang pelajar kami ditugaskan untuk menjadi imam tarawih di masjid-masjid berdekatan di kawasan Tanjung Lumpur dan Bukit Sekilau,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar MTNP, Mohd Hafiz Abdul Rahim, 19, yang akanmengimamkan solat tarawih di Stockholm, Sweden berkata peluang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman selain cuba memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, dia agak gemuruh untuk mengetuai solat tarawih di negara luar meskipun sudah dilatih menjadi imam tarawih di masjid pada usia 15 tahun.

“Selain mengimamkan solat tarawih, kami telah diberi tugasan untuk mengajar ilmu fardu ain dan fardu kifayah kepada kanak-kanak dengan konsep santai seperti kem musim panas.

“Bagi golongan dewasa pula kami akan memberi kuliah dan tazkirah. Saya rasa berdebar sedikit kerana semuanya perlu dilakukan dalam bahasa Inggeris,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian