Mata pelajaran Pendidikan Islam disyor jadi subjek teras

FB_IMG_1464695014300

PASIR PUTEH, Rabu – Kementerian Pendidikan disyor agar menjadikan mata pelajaran agama sebagai subjek teras bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perwakilan PAS Gua Musang, Ibrahim Mat berkata, cadangan itu adalah usaha dalam memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Bagaimanapun katanya, langkah itu hanya melibatkan pelajar Islam yang diwajibkan mengambil kertas peperiksaan bagi subjek tersebut.

“Dewan Ulama PAS wajar membangkitkan kembali cadangan ini untuk tindakan susulan kerajaan Persekutuan dan kementerian berkenaan.

“Pendidikan Islam adalah benteng yang mampu menangani masalah gejala sosial yang berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul pendidikan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS di Sweet Beach Resort, hari ini.

Menjawab usul tersebut, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, cadangan itu akan terus diperjuangkan sebagai sebahagian usaha meningkatkan syiar Islam.

Katanya, Dewan Ulama juga mempunyai pelan strategi dan kerangka membangunkan pendidikan Islam di negara ini.

“Semua itu dihasilkan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi luar negara dan institusi pondok di negeri ini untuk diguna pakai sekiranya diperlukan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian