MCA desak pengundi Cina tolak PAS

Datuk Chew Kok Woh.

KUALA LUMPUR, Rabu – Parti perkauman dan anti-Islam, MCA mendesak pengundi Cina di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk tidak memberi undi kepada PAS bagi mengelak perlaksanaan sistem hudud.

“Jelas dilihat parti itu akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan sistem hudud,” kata ahli jawatan kuasa MCA Pusat, Datuk Chew Kok Woh.

Malah katanya, pengundi Cina juga perlu berwaspada dengan tindakan DAP meletakkan Parti Amanah Negara (PAN) di parlimen itu.

“Ketua PAN, Khalid Samad adalah antara yang pertama mengumumkan sokongan beliau untuk usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Justeru katanya, kaum Cina perlu belajar daripada pilihan raya lepas dan menegaskan bahawa PAS dan PAN perlu ditolak memandangkan mereka mempunyai prinsip yang sama.

Terdahulu, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong telah mengugut untuk meletak jawatan sekiranya RUU yang dibentangkan oleh Abdul Hadi diluluskan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian