Othman dilantik semula Ketua Pengarah Jakim secara kontrak
BANGI, Khamis – Kerajaan bersetuju melantik semula Tan Sri Othman Mustapha sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara kontrak selama setahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Pelantikan semula ini adalah mengambil kira ketokohan dan kecemerlangan Othman sebagai Ketua Pengarah Jakim sejak 23 April 2011 yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dalam atau luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Pelantikan semula itu berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hingga 30 Jun 2017. Othman akan bersara wajib 60 tahun pada 1 Julai ini.
Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah dan mula berkhidmat di Jakim sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.
Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah bertugas antaranya sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia; Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim dan Pengarah Jakim Cawangan Sarawak.
The post Othman dilantik semula Ketua Pengarah Jakim secara kontrak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan