PAS mahu negara ditadbir ikut Islam

MELAKA 21 MAY 2016. ( MB818N / Hadi Awang / mm037m ) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada Himpunan Pendidik Islam 2016 di Bukit Katil. STR/MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

BANGI, Khamis – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kegagalan sistem pentadbiran negara hari ini membuatkan PAS bertegas mahu Malaysia diurus tadbir mengikut Islam.

Katanya, walaupun sistem sedia ada seperti demokrasi, sosialisme serta kapitalisme telah meminjam beberapa unsur daripada Islam, namun ia tidak mengambil kira iman, dosa dan rahmat.

“Kami berhasrat untuk mengambil pendekatan baru untuk memulihkan apa yang dilaksanakan oleh Islam pada 1,400 tahun lalu.

“Apa yang berlaku sekarang ini ialah apabila kamu pisahkan Islam daripada politik.

“Orang ramai akan memilih untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana tidak ada konsep dosa dan berkat,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan Muktamar PAS ke-62, hari ini.

Mengulas lanjut Hadi menegaskan, Islam adalah satu cara hidup bukan sekadar agama semata-mata, dan membolehkan masyarakat untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.

“PAS juga akan mengamalkan budaya yang menggalakkan pembentukan sebuah masyarakat harmoni,” katanya.

Malah katanya, kesan daripada kuasa penjajah Barat yang mengambil pendekatan pecah dan perintah menyebabkan Islam menjadi terhad.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian