PAS perlu selamatkan tanah orang Melayu di Pulau Pinang: Perwakilan
KOTA BHARU, Rabu – Perwakilan PAS Pulau Pinang, Muhamad Hafiz Alias, hari ini menyeru parti itu menetapkan sasaran menawan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mengelak tanah orang Melayu di negeri itu terus tergadai.
Katanya, tanah persendirian orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.1 peratus kerana semuanya digadai kepada ‘orang luar’.
“Jual tanah kepada orang luar ini ibarat jual negara, situasi sama yang berlaku di Palestin sebelum mereka dihalau keluar dari negara sendiri.
“Kini situasi sama membelenggu Pulau Pinang, angkara pemerintahan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang dengan sewenang-wenangnya menjual tanah kepada orang luar,” katanya, pada sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS, di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, 43.6 peratus daripada keseluruhan penduduk Pulau Mutiara ketika ini adalah orang Melayu, kedua terbesar selepas masyarakat Cina iaitu 45.6 peratus.
“Hanya satu penyelesaian untuk menyelamatkan orang Melayu di negeri itu ialah PAS menggembleng tenaga dan tawan Pulau Pinang pada PRU-14,” katanya.
Sekiranya PAS berupaya menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang, beliau berkata, ianya sekali gus memberi ‘suara’ lebih lantang dalam mempertahankan tanah orang Melayu di negeri berkenaan.
“Jangan sampai si ‘khalifah’ Guan Eng ini menang (pada PRU-14) dan mengekalkan kuasanya di tampuk pemerintahan kerana selama dua penggal dia berkuasa, habis semua tanah Melayu tergadai, ” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan