Peguam Negara arah tahan Guan Eng, Phang: SPRM
BANGI, Rabu – Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon adalah atas arahan yang diterima daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa kedua-duanya di mahkamah esok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di tingkat 28, Komtar jam 5.45 petang tadi, manakala Phang di pejabatnya di Aras 6, Taman Pulau Pinang, pada hari yang sama.
SPRM berkata, tangkapan tersebut dibuat berhubung isu pembelian rumah banglo milik Guan Eng di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran semasa.
Sebelum ini, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.
The post Peguam Negara arah tahan Guan Eng, Phang: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan